“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing. Dan ia akan kembali sepertimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka beruntunglah orang – orang yang ganjil.”
(Hadis Riwayat Muslim, no.145)

this is me


             
0

bila tergerak hati ini

salam (^_____^)V
selamat meneruskan puasa. mood sekarang seperti sudah merindui. 
:(
ada kurang 2 minggu sahaja lagi. ramadan dirindui, keluarga juga dirindui. 
:)
bulan ;)

oklah, kita masuk ke tujuan sebenar posting. punyalah banyak link dlm blogger list tu. tiba-tiba, tadi tekanlah salah satu blogger list tu. dan itulah terhasilnya posting ini.
posting kongsi-kongsi dan sebar-sebar :)

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN.

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi
 bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal,makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.
Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas utuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).
Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya
dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari,kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya
bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka :
Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher
hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). 
Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air
hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam,tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya,Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya
En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. 
Banting Kamariah bt Sidek -lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) 
En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar 1982).

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal,accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.
-----------------------------------------------------------------

'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.'

(Surah Al-Ahzab:71)

p/s : tiba-tiba nak ja terpa BOY. macam2 nak tnya nih. huhu 
p/s : di facebook pun ramai dah 'share' link ttg kedatangan paderi-paderi Melayu. kadang-kadang rasa diri kaku, tak tahu nak bertindak dari mana dahulu. semoga Allah lindungi kita semua.
3

fasa kedua


memasuki fasa kedua
di bulan ramadan.
oh, baru juzuk 7!
banyak tertinggal.
oh, macam mana ni?
sempat kah habis?

(*_______*)
2

ini sahaja

salam (^_________^)V


cuba tengok !
 

ada ciri-ciri perempuanke?
ciri-ciri muslimah ke?
ada x?

aku rasa xda.
hehe

lagi-lagi, sangat jarang nak pakai sepatu hitam tu.
duhhhh, sakit kot kaki.
:P

 bukan xteringin.
nak juga tukar pakai yg salu hok ore pompuan pakei.
hok yg tumit tinggi-tinggi.
hok yg kaler kaler pink.
hok yg reben-reben.
hok yang ayu gitu.
hok yg elegan.
hok yg manik-manik.
hok yg kilat-kilat memukau.
hok yg comei-comei.

tapi yang tiga atas tulah yang mampu.
barang2 perempuan ni selalunya MAHAL !
kita tunggu ada duit nanti.
sekadar duit pinjam, x dikira ada duit.
:P

p/s : orang len sibuk cr kasut raya, aku sibuk cari kasut sukan. haha. lastly, kasut putih ter'design' mcm laki tu jugak p beli. adusss...:P

p/s : nak jadi muslimah hip-hop, xpa x? pakai seluar panjang besar2, baju besar2, baju yg nombor2, pastu bertudung plg 'koman' bidang 60. hah, eksesori mcm topi, gelang, rantai, jam, n segala bagai. :P

p/s : tapi kan, if berbaju kurung, i akan tolak tepi suma kasut2 kelabu+putih di atas tu. i nak jadi seayu yg boleh. :P tapi salunya pakei jugok hok kelabu tuh. ngahaha
2

satu kisah (sambungan)

salam(^_____^)V
okey, dapat pun sambungan kisah lelaki ego ni..
patutlah macam xtamat ja.
macam biasa, siapa yg ada masa n dah solat, silalah baca sambungan kisah seorang lelaki ego ini

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.
p/s: kredit kepada Nor Hafizah Muhamad Hanipiah dan cikgu shehdi.
3

satu kisah

salam(^______^)V

sekadar selingan. actually, agak asyik juga layan tv series HOUSE ni.
there are six seasons, n just covered one.
click house MD for tv streaming. 





entri kali ni mahu bawakan satu kisah.
kisah tentang seorang lelaki ego.
panjang kisahnya.
sesiapa yang ada masa dan dah solat, silalah baca
:)

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,
dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah
. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”
tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”


Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,
“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”
Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,
“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”
pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawa balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
 

kisah tamat.
tapi kan, macam xtamat ja.
macam perlu ada sambungan lagi.
kan...??
atau aku yang xpaham kisah ni?
anyone?
7

mati kutu

maaaaaak!

kak yaaaaaaam!

nak baliiiikkkkk!

nak donashiiiii!
buntu ah duduk cni.
bukan takat kutu ja yang mati.
akal, hati jiwa suma pun boleh.
wuuuuu...~

0

gila download

salam (^_______^)V
sejak dua menjak (xsampai sebulan kott) melanggan perkhidmatan jalur lebar a.k.a istilah popular berukband ni (setakat ni b.band milik daku tidaklah sampai ke tahap mutate ke beruk ), ada satu dua rutin yg dipraktikan di rumah sudah mula aku praktikkan disini.
yeahh, baby, yeahhh..!!!
:P
ini antara dua rancangan TV yang belum lagi ketinggalan untuk dimuat turun.
satu ja sebab sebenarnya kenapa janji kekasih ini menjadi pilihan. sebab kisah shafika. yang hero+heroin heroin ni, sikit pun x amek 'port'. huhu
ramai tengok drama ni sebab ada mia sara. tapi aku x kot. drama ni menjadi pilihan kerana fida. fida a.k.a kembar dato' CT ni macam dato' CT. aku xtahu kenapa sampai sekarang aku meminati peribadi CT. jadi, automatiknya, fida juga ku minat. kepada fida, semoga terus sukses dan pegang kata-kata anda yg mahu berhati-hati dan mahu menjaga batasan. :)

sebab xdapat tengok tv kan, jadi online TV a.k.a streaming TV memang akan ku manfaat kan penggunaannya. 
dan nasib juga aku tidak mempunyai niat mahu upgrade 5GB storage setiap bulan kepada unlimited.
itu cari nahas namanya. 
boleh buat diriku yang lemah ini terus-terusan dipengaruhi untuk membuat perkara sia-sia.
oh, Ya Allah, sentiasalah lindungi hambaMu in dari segala fitnah dan bisikan syaitan durjana.
aminnnn.

kepentingan b.band tidak dapat disangkal lagi. 
lagi-lagi penerimaan signal (di meja study ni lah) sangatlah rendah tahap fragile. (T___T)"
sebab lain, USMSecure sedang dalam penambahbaikan taraf. kalau tidak salah info, bulan 10 ni insyaAllah fully upgrade untuk USMSecure daripada USMHotspot.
iskkk, kalaulah mahu dibuat perbandingan, memang desa terdahulu tip-top ah wireless. itu yang istilah "Indah Kembara diHatiku" selalu ja tersemat di kalbu.
haha. ayat bodek + ayat cinta pertama + ayat xboleh pakai utk skema exam
:P

sementara dua bulan mahu menjenguk ke bulan 10, b.band telah ditetapkan status perkhidmatannya sebagai 'temporary'.
'temporary' sebab USMHotspot dulu mantap!! cuma ada aplikasi menarik + rutin harian di rumah sudah ditahan, xpa ja. i don't mind. asal blogspot jangan ditahan juga, sudahhh...  
dan akan 'temporary' lagi jika b.band aku mutate.
haha :P
seterusnya, akan jadi 'temporary' lagi jika kekeringan nilai matawang dalam akaun telah dikesan.
:P

p/s : agak-agak berapa lama b.band ini dapat bertahan...?
2

no more... a little sad but nothing to be actually

salam (^_____^)V
huh, rupa-rupanya baru 4 minggu setelah mula belajar semester baru.
macam dah 4 bulan plak rasanya. adehhh laa...~
cepatnya lah aku rasa homesick. macam entah pape ja. macamlah jauh sangat penang - selangor tu. nek flight pun sejam ja. 
nek bus pun 5 jam ja.
isk isk isk...

tweeeeeeeeeeeeet !

kenapa sedih2 ni? xmo lah.
hidup perlu ceria.
meh nak copy kata-kata dari someone ni
senyum macam ni (^________________^)
yeahhhh...
 tapi adalah rasa sedih sikit.
ini semua berkaitan dengan ketidaklancaran urusan.
tapi xpalah. i accept that as 'dugaannnn'
harap dipermudahkan.
aminnn...

lagi satu agak sedih sikit ni.
huhu, bila terfikirkan senior-senior bio + senior-senior course lain.
bila lah lagi boleh aku bertemu mereka?
mesti masing2 dah jauh.
sudah bekerja,insyaAllah..
dan mungkin bertemu jodoh...??
;)
depa semua kan sudah grad.
bestttttt tgok depa nih.
macam2 emosi tergambar di wajah.
ada gak yg kurang bersemangat.
xpa.. nti dah nek atas terima scroll, happy lah
:)
oh, rasa dengki ah gak ni. tapi xpa. i'll wait for mine.
ngehehehe.

jappppppppppppp...~
ada satu lagi yg no more.
my teddy bear.
huhu
ni, teddy bear saya.
dah xboleh jadi up-front photo.
sedih...
:(
xpa. meh kita abadikan ia di 'post' ini.
 
*ehh? lain kan? maaflah. ni pengganti ja.yang betulnya ada dalam folder ni ha. entah apa masalah blog ni, nak upload pic xlepas2. isk isk isk.. guna url ja boleh.*
Blog Widget by LinkWithin

kumpul lagi...

Back to Top