“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing. Dan ia akan kembali sepertimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka beruntunglah orang – orang yang ganjil.”
(Hadis Riwayat Muslim, no.145)

this is me


             
3

what should be worried now?

.ekspresi muka seperti kecewa.
.bukan.
.xkecewa pun.
.cuma risau.
.tapi risau yang mana satu pun, dah xtahu.
.nak kata banyak, mungkin.
.sebab lebih dari satu i2, banyaklah kan.
.again, what should be worried now.
.result exam.
.FYP.
.thesis.
.viva.
.semester 2.
.online subject next sem.
.money.
.grad.
.job.
.marry.
.be a good daughter.
.improve myself.
.good muslimah.
.friendship.
.future.
.death.

anything else?

.for sure, there's more.

.and its never stop.

.but one thing.
 
. never stop to be grateful.
.alhamdulillah.

.to everything we had now.

.^^.
14

tak tahulah kenapa,ada sesiapa boleh tolong terangkan?

Kenapa ada timbul rasa cemburu dengan kemesraan dan kebahagiaan sesama kawan yang lain?
Adakah bermakna kita tidak bahagia jika berasa cemburu itu?
-20 markah-
3

.terasa kelakar kejap.

first thing first.
define ' kelakar'.
1. buat anda haha. tergelak.
2. sesuatu yg anda rasa mustahil akan capai, tapi buat juga.
3. benda yg dibuat itu sebenarnya entah apa-apa. xmasuk akal.
4. pertama kali buat. dan rasa janggal.
5. terasa geli di hati. *errk.betullah kan? geli hati.hehe*
sebenarnya, dalam mengharungi hidup di USM yg rata-rata student lain dah habis pun peksa tapi aku juga xmula-mula, terbuatlah sesuatu yg aku rasa kelakar.
errr, bagi aku kelakarlah.
sebab benda yg dibuat tu termasuk dalam definition yg ke-3, 4 dan 5.
bila dah buat tuh, termain seketika dalam hati ni. monolog lah kejap.
'errhhh, betul ke ni? serius aku p hantaq emel pada SELENA GOMEZ?'

yer. aku telah menghantar emel pada SELENA GOMEZ.
kelakarkan?
actually, entah pape ja. :P

xtahulah ngape aku p wat keje xder faedah. isk isk isk iskkkk.
lepas tu, dapatlah automatic reply dari pihak SELENA GOMEZ.
yelah, mestilah automatic. xdanya si SELENA GOMEZ nak p baca emel aku tuh. 
=.="
 menurut automatic reply tuh.

Thank you for writing to Selena Gomez.

If you are requesting a photo of Selena, please
make sure you remembered to include your full name
and street address when you wrote your message.
If you didn't, please write again and include
your name and address. Your autographed picture
will be sent by postal mail, not by email.
Remember to include your city, state, and zip code
or postal code. If you live outside of the USA,
please also include your country.
If you know that you gave your name and address
the first time, you don't need to send it again
Due to Selena's popularity, a lot of fans are writing
to her now, so it will probably take several months
to get the picture to you. Please be patient.

You don't need to send your address if you don't
want to receive the picture.


The picture is FREE to you, as a gift from Selena
to her fans!

haha. 1st dapat tuh, kan terpop-up reply dari YM.
excited!
pastu terus baca.
pastu, tergelak.
haha.
especially ayat yg aku bold kan tu, yg tu yg aku rasa kelakar.
haha
nak je reply pada depa,
'does 12 months consider several months?' 
wuawuawuawuawua..
meh, kita tggu yer. betul x dapat gambar yg dijanjikan itu. 
^^V

tapi xboleh blah juga ayat yg kalau xmahu gambar, xpayahlah hantar alamat. 
haha.
adoiii, dah ditawar benda yg percuma, opkos lah i mahu! :P
 

aku rasalah kan, aku dapat automatic reply tu sbb aku p hantaq emel yg just to say hi and warm regard from malaysia.
hahaha.
agaknya, fan SELENA GOMEZ ni mesti minta benda yg bukan2 kan.
aku tulis emel tu, memang xda pape feeling/hope pun nak apa2.
yelah, SELENA GOMEZ tu nak p baca emel aku yg cikai?
lehhh, xdak maknanyer lah. :P

nasib aku x p letak quote hadis2 ke atau quote lirik dari Sami Yusuf/Maher Zain ke.
haha.
mana tau, sajalah nak test market.
huhu
nak tengok gak apa reaksi SELENA GOMEZ kalau2 dia tahu fans dia ada dari kalangan orang2 Islam. ;)
tapi, xapalah. tulis emel biasa2 ja lah.
^^V

 
notes : i don't know why I'm admire SG that much. sampai wiki, view videos, movies, songs, interviews semualah. (+.+)"
         : check out SG fanpage on facebook. ;) 
         : check out too SG movie with Joey King. Ramona and Beezus. cool! ;)
         : SG budak baik. harap dia kembali ke fitrah yg sebenar. ;)
2

Pelaburan dosa

salam ^^,

eh, tajuk entri macam nak suruh buat dosa?
oh, tidak tidak. 
tapi setelah membaca blog ini, rasa takut semakin membuak-buak.
siapa xtakut PANASNYA api neraka, kan?

Ditambah lagi dengan hitungan amal kita yg x seberapa.
>.<
takut, beb!

nak mengulas panjang, memang kurang.
quote hadis ke, quran ke, mmg xpandai.
tapi isu dari blog itu sudah semakin menjadi-jadi.
mula-mula dulu, terdetik rasa cemburu.
yelah, kita ni bukan macam mereka.
what-they-called-talented, beauty n etc.
tapi, setelah dua tiga kali menonton (dan sebelum isu ini dibangkitkan oleh blog tadi), aku rasa semacam.
semacam,ok?
sudah melepasi rasa cemburu.
bayangkan, yg sempurna tutup aurat (dr segi pemakaian), rupa-rupanya aurat lain yg terbuka.
suara.
kan?
aku rasa bersalah sebenarnya.
bila tengok, memula rasa cemburu.
kemudian dah mula rasa semacam.
akhirnya, aku rasa bersalah. 
bersalah sebab x sedikit pun aku menegur.
boleh ja drop comment.
mahu jadi anon pun boleh.
tapi, aku xbuat.
>.<
 patutnya tegur ja, kan? walau siapa pun dia, dia saudara kita sendiri kan?

kita sebenarnya menguasai saham yg mana?
saham dunia atau saham akhirat?
pelaburan mana yg paling banyak dibuat?
pelaburan dosa atau pelaburan pahala?

aku sendiri yg banyak 'melaburkan' megabait storan laptop dan external hardisk dengan download semua movies, videos, lagu, drama yg ada dalam dunia nih. atau dengan browser segala online service, xkiralah dengar lagu, tgok video, post. ah, facebook!
Aku TAKUT!

.setiap detik dihitung.

.waspada.
4

konon kaya!

untuk kelangsungan hidup :
.broadband. [5 bulan X RM50 = RM250]
.rice cooker. [RM60]
.herbalife. [RM222]
.yuran menginap semasa cuti sem. [RM100]
.shopping cuti sem. [errr,ada ke? adakan je lah. RM200]
.basikal. [RM200]
.PSP. [RM900]
.DSLR. [RM2000]
.shopping makanan2 berkhasiat. [RM200]
.thesis. [RM300]
.konvo. [RM100]
.shoot utk konvo. [RM100]
.tambang balik kg. [RM80]

JUMLAH?

oh. xberani nak kira.
>.<

..............................................................................................
2

jalan hikmah

salam ^^,

entri ini tiada kaitan tentang jalan untuk mendapatkan hikmah.. :P

Jalan Hikmah ialah nama satu jalan di suatu tempat bernama Taman Meru Jaya. 
Ada ke, bila tanya KakYam, kat mana Jalan Hikmah ni, dia p jawab, " p lah google map"..
hahaha. ingatkan dia jawablah dekat dengan masjid ke, apa ke. sekali suh google daa..~ :D
Model gambar ni amatlah disayangi oleh peminatnya ^^,
MOMMY! ^^,
Mak banyak plak pose depan umah-yg-sedang-pecah-pecah-dinding nih..  hihi

Yelah, siapa ja yg ada masa ni. Parents+KakYam ja.. adik2 len xmo ikut agaknya. busy :P *kononnya lah*
Ni perbincangan terhangat di hujung-hujung tahun. Kelihatan DADDY tengah meeting apalah tuh.
haha.

Planning baekk punya.
Paling penting, TV tuh! gantung terus tv, xyah beli meja-meja dah. :P

MOMMY menyeberang antara dua ruang. 
wiiii~ excited nya mahu teng0k apa jadi pada rumah yg bakal didiami ini. :D

besar kecil, xkesah. asal xbanyak nyamuk n xpanas, kan...?? hehe
Keadaan sekarang memang macam tongkang pecah.
isk isk isk

tapi xpa. nanti kalau ada peluang, nak cat dinding kaler PINK, boleh?
haha, x macho lah pink. :P
alaa, hijau lah cantik kan?
coklat ka.
ungu ka.
*angan2 ja nk pilih warna cat.hukhuk*
tak payah, ok!

Nanti cuti sem, balik, semua dah siap. tinggal bawa balik barang, kasi penuh mana ruang yg kosong. haha :D
Persoalan utama: Best ke duduk perumahan ni? yelah,first time nih. dulu2 duduk kampung-kampung ja, hutan lagi. huhu
2

selak semula

cuba teka, kalau dua gambar dibawah dicantumkan jadi apa?




insang :)
+

ikan pari :)
 =

sejenis jahitan.
^^,

insang pari :)
tiba-tiba tadi jari jadi ringan nak bertutorial semula.
selak semulalah nota KH.
tingkatan 3 kan? woah! seven years back. :P
tidaklah buka buku, tapi ada seorang cikgu KH tu, beliau p upload nota KH.
pasal jahitan, nk kira kos pekerjalah. sebiji buku. jadi, kira selak semula la kan? :P

sewing is the only thing i am so-called not talented.
might fail actually. wuhuhu~
mesin jahit singer kat rumah tu, yg automatik tu pun i terkial-kial. :P
adusss, naseb lepas kalau disuruh pasangkan benang.
kan boleh pijak atau guna tangan kan utk tekan benda-empat-segi-entah-apa-namanya tuh.
seriously, u must have right energy and must know how much energy to put on that benda-empat-segi-entah-apa-namanya.
kalau tidak, habis! terlajakkkkkk sampai membazir benang. duhhh.

rekod cemerlang dalam jahitan, antaranya:
1. baju kurung kedah yg tentunya dah hilang.
2. bantal kecil yg juga entah kemana. padahal  cikgu suruh buat bantal peluk. hantar bantal petak empat segi ja sudah. size kompak tu tau. haha
3. jahit butang baju kurung dan perkemas lengan baju kurung dengan jahitan silang pangkah. TAPI, dah lama sangat xbuat sebab kakak2 ku yg 'kaya' i2 sponsor beli kain+hantar tailor. i sebagai adek yg baek, hanya menerima dengan tangan terbuka ;)

3 tu ja. xder lain. ada pun, jahit seluar yang koyak. i2 pun, jarang sebab i ni seorang yg sopan santun + pewaris baju lama terhebat. credit to kakyam and tMah ;)

ouh. terlupa pula mahu nyatakan kenapa tiba-tiba timbul rasa nk bertutorial jahit-jahit.
sebab:
1. nak buat duit.
2. nak jadi kaya.
haha.
gila perasan.
buat jelujur halus pun tak halus, berangan nak jadi kaya.
apalah :P

oklah. ini yg betul. sebabnya terbit rasa envy.
to be better. much better. :D

dan kerana Nabi berkata,

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

Dimana dia.


yang bergelar





adakah dia akan mengaku dirinya sebagai f.r.i.e.n.d?
kalau pun dia mengaku, bolehkah dipercayai? 
0

Hardcore Siti Nurhaliza

mesti yang xberapa dengan Dato' seorang ni, xsuka dengan entri ni kan.
xpalah. 
tapi sebenarnya tajuk entri tu hiperbola ja.
aku pun bukanlah kipas-susah-mati @ die hard fan.
cuma entah apa kimia antara kami (eceh!) menyebabkan aku terus-terusan dengar lagu CT. :P
 terkejut juga tadi buka website CT.
tu dia!
besaQ laa gambo.
wahhh. nasib skrin laptop ja.
kalaulah skrin LCD/plasma tv, rasa bergambar sebelah CT ja.
:))

daripada 14 album CT (exclude compilations), banyak juga lagu-lagu CT yang 'terkena batang hidung sendiri'.
adusss, tu la cakap. kimia antara kami kuat!
haha :P
4 lagu yg asyik kalau patah hati ke (haha,patahlah sangat!), jiwa remuk kena hempap pohon berduri mulut manusia ke, hati mati tertembak tornado dan bazooka tuduhan insan ke, selalulah tergenang kolam airmata.
isk isk isk
::biarlah rahsia:: ::cuba untuk mengerti:: ::hati berbisik:: ::tanpa dendam di hati::

kalau agak-agak nak bangkit dari rasa sakit, mahu sentiasa positifkan diri, 2 lagu ini akan kembalikan senyuman di wajah yang sudah kelat tidak berperisa.
:: taman teman:: :: cinta ini::

bila dah termain 6 lagu-lagu di atas, habis semua video yang ada dalam laptop ni ditarik masuk satu folder ke media player.
muahaha.

tetapi, dalam apa jua keadaan, diri yang masih merangkak mahu menggapai gelaran solehah itu, pernah selalu mencuba utk tidak alpa menyelak lembaran yang telah Baginda Rasul wariskan, tunduk sujud kepadaNya apatah lagi.

lagu-lagu CT hanyalah perantara yang telah terbentang untuk aku.
pengucapan ketenangan dan pembangunan jiwa dari keluarga yang tiada dustanya aku sayangi, teman-teman yang tiada tolok bandingnya mahu dicari ganti atau sesiapa sahaja, sungguh aku perlu dan hargai.
:)
TERIMA KASIH ALLAH atas segalanya.
2

tukar spongebob squarepant pula lah.

tapi, versi sedih ya :(
macam muka spongebob dalam gambar di bawah ni..
walau baru seminggu, tapi macam dah lama sangat.
terus-terang, dunia blog sudah tidak menyerikan lagi.
rasa tawar.

eh,bukan dunia blog xbest.
blogwalking sentiasa menjadi hobi yang seronok :)
cuma, diri ni sudah xaktif lagi.
 >.<

0

buat sekian kalinya

salam !!!!
yeah, buat sekian kalinya pocoyo menjadi 'interframe' di blog ini.
:P

xdalah.
bukan itu tujuannya. budak biru ni saja tadi merengek2 nak intrframe gak. bagilah.
muahahaha.

ok. bukan juga itu ceritanya.
ini, hanya mahu buat sedikit pemberitahuan.
terutama kepada sahabat-sahabat terdekat.
yang tahu ku duduk / menetap di mana.
atau yang tahu current address of mine.

dalam sedikit masa lagi, my current address would be changed.
entah, xtahu pula bila mahu pindah lagi ni.
tapi betul-betul dalam masa terdekat nih.
paling lambat sebelum akhir tahun rasanya.

itu yang mak cakap.
:)
ku xtahu. yg ku tahu, pindah ja lah.
sblm cuti midsem tuh, adalah beberapa yg lain dah p tengok-tengok n bersih-bersih rumah.
siap tangkaplah gambar mana-mana yang patut.
sebab kosong, of course, rumah tu nampak x best langsung.
huhu. 
realitinya, rumah itu nanti lebih kecil dari yang sekarang.
mak juga cakap, rumah tu nanti di Jalan Kassim.
entah kat mana entah Jalan Kassim tuh.

apa-apalah. lagi pun semua dah besar-besar.
dah xder yang buas-buas.
yang akan lari-lari keliling rumah. main kejar-kejar. :P
pecah-pecah semua kaca n kerusi ke. 
muahaha.
2

bercampur baur

perlu rasa bagaimana sekarang ni?
suka?

sedih?

bersalah?

tenang?

fokus?

geram?

bersedia?

berjuang!?

enjoy? 

relax?


 be cool?

atau semua kekeliruan itu hanyalah ilusi dan angan-angan semata?
takut berdepan realiti?

atau ego menghantui diri?
ke hilang keyakinan?
xpercaya diri?

atau iman menipis?:(

xtahulah apa yang berlaku ni.
serabut.

serabut fikir. entah apa entah yang difikir.
tindakan tak ada-ada juga.
dok lagu tu ja.
haishhh.

4

susah sangat ke nak faham English tu, S*****H?

terketawa dia kak sebaik sahaja kata-kata akak tu.
tapi ketawa tersentak sebenarnya.
ketawa sembunyikan perasaan sebenar.

akak, kenapa tanya macam tu?
akak tau x implikasi akak cakap mcm tu pd orang tu?
apatah lagi dengan intonasi suara macam tu.
meh, saya nak bagitau keadaan orang tu semasa kata2 akak ucapkan tu dan selepas orang tu sampai rumah.

akak tau x dia tersentap?
akak tau x, terus mati hatinya pada bidang yg dia ceburi sekarang?
akak tau x, dia SANGAT sedih.
akak tau x, jatuh hormat dia pada akak?
akak tau, hati dia menangis?
air mata yang jernih keluar melalui sepasang mata dia bagaikan berdarah?
pedih dia, kak.

akak nak tau lagi x?
kata-kata akak tu mungkin xdisengajakan. mungkin juga xda niat nak kata bukan2 tentang kelemahan dia tu.
tapi kan akak, satu ja nak bagitau ni.
kata-kata akak ni xdianggap langsung oleh dia yang akak ni nak kata dia xpandai English.
tapi lebih dari itu dia fikir, kak.
sebab pucuk pangkal kata-kata akak tu bukan pasal English kan?
akak, dia tau dia TERUK, kak.

akak, dia tau dia memang HOPELESS kalau nak faham teori-teori sains.
apatah lagi sains bio.
dan apatah lagi nak faham jurnal penyelidikan yang beribu-ribu patah perkataan dalam ENGLISH yang boleh buat dia mental.

akak, dia tau dia hanya pelajar UNDERgraduate berbanding akak yang POSTgraduate.
apalah sangat ilmu yang dia tau kan, kak?
ya, dia sedia maklum akak tentunya ada banyak pengalaman.
dan, ya. dia mengaku sangat-sangat, selama apa yang dia belajar sepanjang 7 tahun tentang bio, hanya berapa kerat sahaja dia tau.
dia tau, akak pandai.
kalau x, xkan akak jadi pelajar POSTgraduate?

tapi, pada-padalah akak untuk berkata-kata.
bagi akak, sungguh tiada apa-apa zat sensitif dalam kata-kata akak tu kan.
tapi tak bagi dia, kak.
lama dia sorok kunci pintu sensitif dalam hati dia, kak.
tapi akhirnya, akak lah yang buka pintu tu.
dia pun xsangka kata-kata akak tu boleh meruntuhkan tembok anti-sensitif dalam hati dia.
hati dia bukan macam CPU komputer kak.
kalau ada salah, boleh delete. lepas tu, dah delete dlm dustbin, boleh lagi permanently delete.
tak, kak.
hati dia hati seorang perempuan.
hati dia hati seorang manusia.
dan minda dia minda manusia juga, kak.
dia boleh berfikir, mentafsir apa sahaja.

dia boleh ingat sampai MATI apa yang akak kata pada dia.
jangan sampai dia fikir dan simpan sampai ke MATI tentang kata-kata akak yg buat dia SANGAT tersentuh.
dan jangan juga ulang lagi apa yang akak kata, xkiralah melalui percakapan/perbuatan, yang boleh menumbuhkan virus dendam terbit dalam hati dia kak.
ingat. hati dia bukan CPU yang boleh install Kapersky kak.
boleh detect, quarantine, delete, atau block segala virus.
tapi semua apa yang dia rasa tu, dia abaikan dalam sekelip mata sahaja.
dia xnak mencetus pergaduhan dua hati sesama Islam, kak.
2

REPEAT!

i don't care who read this post.
but i just want to mention that,
i must REPEAT my final year project!
^^
*masih tersenyum..??? ya, saya masih mahu menambahkan ion +ve dlm pemikiran saya ini!*

you know, i must REPEAT it from A!
or less, i will be ashamed throughout my final year.
tQ
^^
0

bila tergerak hati ini

salam (^_____^)V
selamat meneruskan puasa. mood sekarang seperti sudah merindui. 
:(
ada kurang 2 minggu sahaja lagi. ramadan dirindui, keluarga juga dirindui. 
:)
bulan ;)

oklah, kita masuk ke tujuan sebenar posting. punyalah banyak link dlm blogger list tu. tiba-tiba, tadi tekanlah salah satu blogger list tu. dan itulah terhasilnya posting ini.
posting kongsi-kongsi dan sebar-sebar :)

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN.

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi
 bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal,makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.
Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas utuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).
Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya
dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari,kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya
bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka :
Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher
hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). 
Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air
hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam,tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya,Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya
En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. 
Banting Kamariah bt Sidek -lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) 
En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar 1982).

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal,accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.
-----------------------------------------------------------------

'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.'

(Surah Al-Ahzab:71)

p/s : tiba-tiba nak ja terpa BOY. macam2 nak tnya nih. huhu 
p/s : di facebook pun ramai dah 'share' link ttg kedatangan paderi-paderi Melayu. kadang-kadang rasa diri kaku, tak tahu nak bertindak dari mana dahulu. semoga Allah lindungi kita semua.
Blog Widget by LinkWithin

kumpul lagi...

Back to Top